Sunday, 9 June 2013

Pemberian TERBAEK Allah S.W.T kepada hambaNYA

Salam,

   Dalam hidup kita yang sekerat ni, kita menjalani hidup dengan segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita. Namun, pernah tak kita sekali pon berterima kasih dengan segala pemberianNya kepada kita (muhasabah diri ye). Macam mane eh nak berterima kasih ?? Mestilah dengan mensyukuri nikmatnya dengan melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya. Malah dengan mengucapkan ALHAMDULILLAH itu pon merupakan sekecil2 cara untuk kita bersyukur.

     So, nak tanyelah.Korang tau tak apa pemberian Allah  yang terbaek untuk hambaNYA?


Perghh!!Amende eh??emm...

Firstly, bagi yang bergelar Islam mestilah nikmat Islam dan Iman itu sendiri. Ye ke tak? Lahir2 je dah Islam.Tidak ke sepatutnyer kite bersyukur.Pernah terfikir tak samada kalau diri kita bukan individu muslim, adakah kita nak usahe nak cari kebenaran atau tujuan hidup kita.Mungkin.Kalau ada org dakwah kepada kita.Atau Allah gerakkan hati kita untuk masuk agamaNya.

Secondly, mestilah hidayah Allah.Ingat senang-senang je Allah nak bagi.Even, ada je org Muslim yg terus leka dengan kehidupan duniawi yg tak seberapa ni.So,mestilah kita kena usaha nak dapatkan hidayah Allah. Malah,hidayah Allah itu pelbagai. Kemungkinan, salah satunya adalah diberi ilmu dan kefahaman tentang Islam itu sendiri.Manalah tahu dengan usaha kita pergi majlis ilmu atau membaca buku ilmiah, Allah bukakan hati kita kepadaNYA..:)

Lastly, pemberianNYA adalah Al-Quran. Al-Quran dapat mendekatkan diri kita kepadaNYA. Dikala kita kesedihan, ada je ayat2 yang memberi kekuatan kepada diri. Malah, Al-Quran adalah anugerah terbaek Allah dalam memberi petunjuk kepada hambaNYA. Cuma samada kita mahu atau tidak. Al-Quran juga sebagai motivasi kepada diri. Kenape eh?? Mestilah. Takkan Allah saje2 je turunkan ayat2 yg berupa hadiah terbaek untuk hambanya waktu akhirat nanti.Contohnya macam ni,


"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya." (Al-Baqarah:82)

Allah tahu hambaNya memerlukan satu sumber motivasi untuk mereka melakukan segala macam ibadat,kebaikan dll. Seseorang manusia tidak akan melakukan sesuatu kalau mereka tidak mendapat sesuatu daripadanya. Sebagai contoh, kalau seseorang pelajar yang ingin terbang ke luar negara,mestilah dia akan berusaha dengan gigih, tak tidur malam,study je keje dia, semata2 untuk melayakkan dia ke luar negara.Faham ke??

* Banyak je lagi nikmat pemberianNYA kepada hambaNYA....harap dapat usaha sama2 menjadi hamba yg bertakwa ye...YOK!!