Friday, 1 November 2013

Pengalaman bekerja 1 # Stesen Minyak @&*^!%@#


Ring!Ring!
A: Helo! Boleh bercakap dengan &^%$%^
B: Ye ni saye. Ada ape?(wat2 tak tau)
A:Ni kami dari petronas nak mintk hambo keje esok. Boleh ke tak?Kalau boleh datang le!!
B: Okay2!Saya datang!


UHhhhhhh.Best nyer dapat keje pertama dalam hidup
...............................................................................................
Fuhh!!Penat!Haha


Hambo hnye dapat bertahan dlm beberapa tempoh yg agak singkat...Tapi nak share2 la jugak best ke x keje kat stesen minyk ni lagi2 1st time kn...Hehe.

So di sini ade beberape kebaikan dan keburukan dari pengalaman diri ini.Formal gitu.

Kebaikan.
1. Solat
   Tak kisahlah tngh waktu org nak balik keje ke,pegi keje ke.Senang. Dekat je nak gi solat.So, tak yah nak risau sangt bagi yg muslim di luar sane ye.

2.Komunikasi
   Best nyer keje kat stesen minyak adalah dapt berkenalan dgn pelbagai kerenah manusia .Di sinilah kita dpt melatih diri utk berckap & berborak dgn pelanggan n pekerja dgn lbih baik.Nak hidup sepanjang fasa pekerjaan ni amat memerlukn utk  kita berhubung dgn manusia. Takkan 8 jam lebih tu nak duduk senyap mcm org bisu kot.hehe.

3. Sabar
   Wei. Keje ni paling kurang 8 jam dgn CCTV terpasang setiap mase.Lagi2 kene layan pelanggan yg nak 1st class punyer layanan dari hambo ni. Nak kene pelempang ckit.HUHU.Tapi itulah. Sabor jela.

4. Sunnah nabi
    Setiap hari berapa ramai org nak isi minyak. Setiap kali itulah kita dpat ikut sunnah nabi. Antara yg paling senang. S.E.N.Y.U.M. Senyumlah sebanyak yg mungkin,ye!!

5.Ilmu & Pengalaman
Walau ape pon benda yg kita buat,kita mesti dapat mempelajari sesuatu daripadanya bukan.So, dgn pekerjaan ini bnyk membri kesedaran pada diri.Dengn pengalaman ini saya dapt merasai usaha perit ayah & mama saya dlm mencari duit demi kehidupan kami sekeluarga. Serius. Dah wat baru tau rase camner. Please do try. Bnyk ilmu ngn pengalamn leh dpt. Klau keje ni, kdang2 boleh terlupa solat.Gaduh ngn pelanggn. Tu la yg dikatakan pengalaman yg beharga.

Keburukan.
1. Penat
   Yang ni memang x boleh tahan. 8 jam yang cukup memenatkan. Balik umah terus tido. Fakta berdasarkn pengalaman keje ye. Tiada kerusi untuk si Cashier n  Pump attendant di luar sane ye.(stesen minyk kat tmpt saye ni la.tmpt lain x tau) 8 jam tanpa kerusi. x paham.asal x de kerusi. Bukan nyer setiap mase ade pelanggan. Ye ke tak?? Lagi2 pump attendant yg kene berjemur di luar selama 8 jam. Memangla ada rehat setengah jam.Tapi.....

2. Gaji x berpatutan dengan keje 8jam sehari sebulan.
   Ada sesetengah stesen minyak yg pelanggan hanya perlu bayar di pump saje. So Pump attendant n Cashier adalh org yg perlu keje handle duit bgai. Hasil jualan yang dpat akan dibandingkan. Sama ada short/lebih duit yg dapat.Kene tolak dari gaji. Klau setiap hari short je hasil jualan yg dapt.  So, berapa je gaji dapat sebulan ye?? Cube kira.


Tips utk nak keje
1.Niat
Betulkan niat kita. Setiap perkara n keje yang kita lakukan adalah untuk Allah S.W.T semata2.Jom usahakn!!

2. Disiplin
 Datnglah keje awal n balik keje lambat. Perghh.Mantap.Mesti boleh jadi pekerja cemerlang n disayangi. Lame2 boleh naik gaji.

3. Sifat ingin tahu
Walaupun kerajaan dah umumkan gaji pekerja stesen minyak start awal tahun 2013 ni minimum RM900. Tetapi kita pon kene tahu berapa sejam kita keje.Sehari berapa?Oti berapa? N nak elakkan dari ditipu kalau dpt gaji nanti.

4. Tough
  Mestilah. Keje nak kene tough.Kalau shif pagi. Kene bngun 5.30 pagi.Kena tahan terik matahari. Kena tahan berdiri 8 jam.Dll

* Sampai sini ajela.Ade je bnyk lagi nak kongsi.Hehe.Best nyer jadi boss.Cewwah!!




Friday, 18 October 2013

M.A.T.I

................................................

Bukak FB page...

Dalam tengah2 tengok post2 yg pelbagai.menarik.bosan.menakutkan.

Tiba-tiba....

Terpampang gambar seorang Insan yang tidak berapa ku kenali...

Tetapi dia telah add aku di FB..x pernah terlintas nak tnye kenapa dia add aku

Lalu selepas 3 thun...

Dinyatakan bahawa dia telah pergi bertemu dengan Ilahi...Al Fatihah buat beliau...


Salam,

Sebenarnya berita ini sangat2 tidakku sangka.Sungguh....Sungguh kematian itu dekat mendekati....Sebenarnya dia hanya kawan di media sosial .Sekarang aku rasa pelik bagaimana beliau mengenaliku dan sanggup menjadi rakanku.Pernah berbual sebentar walau hanya chating di FB. Tidak pernah berjumpa walau sekali.Tidak tau sekiranya beliau pernah berjumpa denganku dan dengan itu beliau menjadi rakanku di FB.Namun perkara yang aku paling kesal kenapa aku mengenalinya hanya untuk mengetahui berita kematiaannya....Kenapa???

Mungkin ini adalah satu peringatan Allah S.W.T kepada hambaNya. Allah S.W.T mahu agar hambaNya mengetahui bahawa hidup ini hanya pinjaman.Harus digunakan sebaiknya. Mati itu tidak mengenal sesiapa.Muda.Tua.Sihat.Sakit.Hari ini.Esok.Tahun depan.Saat ini.Bila-bila sahaja Allah S.W.T boleh menarik nyawa kita.

Tetapi adakah kita sudah bersedia untuk pergi meninggalkan dunia fana ini.Dengan amal yang tidak seberapa.Malah, lebih menakutkan jika kita mati bukan dalam Islam. Sungguh...Allah S.W.T telah berfirman dalam Surah An-Nisa Ayat 78:

  Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?

Terasa ke tidak??

Mungkin hati kita telah ditutupi oleh kehidupan dunia yang sementara ini.


*Jom, kita perbaiki diri menjadi hamba Allah S.W.T yang lebih baik.IAllah.

Wednesday, 16 October 2013

Solat tetapi bermaksiat??Camner tu Bro!!!


Jom tadabbur jap surah ni ye!!
Surah Al Ma'un 4-5



107:4

4.Maka neraka wail-lah bagi orang yang solat.

107:5
5. Iaitu orang-orang yang lalai terhadap solatnya.


Huhu. Sedih bila tadabbur ayat ni. Macam terkena kat diri sendiri je.Tapi itu la yang best nyer. Allah S.W.T direct bagi teguran pada hambaNya. Semuanya agar hambaNya itu tersedar dan berusaha memperbaiki diri. Secara keseluruhannya Surah Al Ma'un ni mempunyai 7 ayat dan antara isu utama dalam surah ini adalah mengenai ibadat solat.

Ibadat solat ni nanti bila sampai hari akhirat akan menjadi perkara pertama yang dihisab Allah.Malah, solat yang kita lakukan 5 kali sehari itu yang menjadi titik tolak sama ada kita seorang mukmin atau kafir.Pilihan ada dalam tangan masing2 ye.

Tapi.....tapi kan....

Asal walaupun dah solat tapi diri ini masih lagi terjebak dalam kemaksiatan yang berterusan.Usaha punya usaha.Doa punya doa.Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk diri perbaiki solat. Dalam surat Al-Ankabut ayat 45:
Allah berfirman:.."Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar."


Mesti ayat ini dah selalu kita baca atau terlihat tanpa sengaja.Terdengar ceramah malam jumaat kan.Ayat tersebut menjelaskan bahawa dengan beribadat kepada Allah itu dapat mengelakkan diri kita dari terus terjebak dalam benda2 yang Allah S.W.T tak suka.Uiihh??Tetapi solat yang bagaimana???Itu yang perlu kita ketahui.


Nak tau camner??...

SOLAT KENA HAYATI BACAAN DAN HIDUP DENGANNYA.

uhhh??....dah dapat blom??...skali lagi ye...

SOLAT KENA HAYATI BACAAN DAN HIDUP DENGANNYA!!!!


Faham ke??

Maksud nyer kita kenalah memahami setiap ayat yang kita sebut dalam solat kita.Ketika takbir.Rukuk.Sujud.Tahiyat akhir.Sampai la ke salam yang terakhir.Inilah caranya untuk kita KHUSYUK dalam solat kita.Kerana 

KHUSYUK=ROH SOLAT

So,kalau..

SOLAT TAK KHUSYUK= JASAD TAK ADA ROH

So,harap2 selepas ini,marilah kita sama2 berusaha memperbaiki solat  ye..mudah2an agar mendapat rahmat Allah S.W.T.Allah S.W.T telah berfirman dalam Surah Al Mukminun 1-2
"Sungguh beruntung orang2 yang beriman.(Iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya."


*Ada banyak je lagi cara2 & tips untuk kita lebih khusyuk dalam mengerjakan ibadat. Jom perbaiki solat!!








Sunday, 9 June 2013

Pemberian TERBAEK Allah S.W.T kepada hambaNYA

Salam,

   Dalam hidup kita yang sekerat ni, kita menjalani hidup dengan segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita. Namun, pernah tak kita sekali pon berterima kasih dengan segala pemberianNya kepada kita (muhasabah diri ye). Macam mane eh nak berterima kasih ?? Mestilah dengan mensyukuri nikmatnya dengan melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya. Malah dengan mengucapkan ALHAMDULILLAH itu pon merupakan sekecil2 cara untuk kita bersyukur.

     So, nak tanyelah.Korang tau tak apa pemberian Allah  yang terbaek untuk hambaNYA?


Perghh!!Amende eh??emm...

Firstly, bagi yang bergelar Islam mestilah nikmat Islam dan Iman itu sendiri. Ye ke tak? Lahir2 je dah Islam.Tidak ke sepatutnyer kite bersyukur.Pernah terfikir tak samada kalau diri kita bukan individu muslim, adakah kita nak usahe nak cari kebenaran atau tujuan hidup kita.Mungkin.Kalau ada org dakwah kepada kita.Atau Allah gerakkan hati kita untuk masuk agamaNya.

Secondly, mestilah hidayah Allah.Ingat senang-senang je Allah nak bagi.Even, ada je org Muslim yg terus leka dengan kehidupan duniawi yg tak seberapa ni.So,mestilah kita kena usaha nak dapatkan hidayah Allah. Malah,hidayah Allah itu pelbagai. Kemungkinan, salah satunya adalah diberi ilmu dan kefahaman tentang Islam itu sendiri.Manalah tahu dengan usaha kita pergi majlis ilmu atau membaca buku ilmiah, Allah bukakan hati kita kepadaNYA..:)

Lastly, pemberianNYA adalah Al-Quran. Al-Quran dapat mendekatkan diri kita kepadaNYA. Dikala kita kesedihan, ada je ayat2 yang memberi kekuatan kepada diri. Malah, Al-Quran adalah anugerah terbaek Allah dalam memberi petunjuk kepada hambaNYA. Cuma samada kita mahu atau tidak. Al-Quran juga sebagai motivasi kepada diri. Kenape eh?? Mestilah. Takkan Allah saje2 je turunkan ayat2 yg berupa hadiah terbaek untuk hambanya waktu akhirat nanti.Contohnya macam ni,


"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya." (Al-Baqarah:82)

Allah tahu hambaNya memerlukan satu sumber motivasi untuk mereka melakukan segala macam ibadat,kebaikan dll. Seseorang manusia tidak akan melakukan sesuatu kalau mereka tidak mendapat sesuatu daripadanya. Sebagai contoh, kalau seseorang pelajar yang ingin terbang ke luar negara,mestilah dia akan berusaha dengan gigih, tak tidur malam,study je keje dia, semata2 untuk melayakkan dia ke luar negara.Faham ke??

* Banyak je lagi nikmat pemberianNYA kepada hambaNYA....harap dapat usaha sama2 menjadi hamba yg bertakwa ye...YOK!!