Jom tadabbur jap surah ni ye!!
Surah Al Ma'un 4-5

4.Maka neraka wail-lah bagi orang yang solat.

5. Iaitu orang-orang yang lalai terhadap solatnya.
Huhu. Sedih bila tadabbur ayat ni. Macam terkena kat diri sendiri je.Tapi itu la yang best nyer. Allah S.W.T direct bagi teguran pada hambaNya. Semuanya agar hambaNya itu tersedar dan berusaha memperbaiki diri. Secara keseluruhannya Surah Al Ma'un ni mempunyai 7 ayat dan antara isu utama dalam surah ini adalah mengenai ibadat solat.
Ibadat solat ni nanti bila sampai hari akhirat akan menjadi perkara pertama yang dihisab Allah.Malah, solat yang kita lakukan 5 kali sehari itu yang menjadi titik tolak sama ada kita seorang mukmin atau kafir.Pilihan ada dalam tangan masing2 ye.
Tapi.....tapi kan....
Asal walaupun dah solat tapi diri ini masih lagi terjebak dalam kemaksiatan yang berterusan.Usaha punya usaha.Doa punya doa.Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk diri perbaiki solat. Dalam surat Al-Ankabut ayat 45:
Allah berfirman:.."Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar."
Mesti ayat ini dah selalu kita baca atau terlihat tanpa sengaja.Terdengar ceramah malam jumaat kan.Ayat tersebut menjelaskan bahawa dengan beribadat kepada Allah itu dapat mengelakkan diri kita dari terus terjebak dalam benda2 yang Allah S.W.T tak suka.Uiihh??Tetapi solat yang bagaimana???Itu yang perlu kita ketahui.
Nak tau camner??...
SOLAT KENA HAYATI BACAAN DAN HIDUP DENGANNYA.
uhhh??....dah dapat blom??...skali lagi ye...
SOLAT KENA HAYATI BACAAN DAN HIDUP DENGANNYA!!!!
Faham ke??
Maksud nyer kita kenalah memahami setiap ayat yang kita sebut dalam solat kita.Ketika takbir.Rukuk.Sujud.Tahiyat akhir.Sampai la ke salam yang terakhir.Inilah caranya untuk kita KHUSYUK dalam solat kita.Kerana
KHUSYUK=ROH SOLAT
So,kalau..
SOLAT TAK KHUSYUK= JASAD TAK ADA ROH
So,harap2 selepas ini,marilah kita sama2 berusaha memperbaiki solat ye..mudah2an agar mendapat rahmat Allah S.W.T.Allah S.W.T telah berfirman dalam Surah Al Mukminun 1-2
"Sungguh beruntung orang2 yang beriman.(Iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya."
*Ada banyak je lagi cara2 & tips untuk kita lebih khusyuk dalam mengerjakan ibadat. Jom perbaiki solat!!
No comments:
Post a Comment