Friday, 18 October 2013

M.A.T.I

................................................

Bukak FB page...

Dalam tengah2 tengok post2 yg pelbagai.menarik.bosan.menakutkan.

Tiba-tiba....

Terpampang gambar seorang Insan yang tidak berapa ku kenali...

Tetapi dia telah add aku di FB..x pernah terlintas nak tnye kenapa dia add aku

Lalu selepas 3 thun...

Dinyatakan bahawa dia telah pergi bertemu dengan Ilahi...Al Fatihah buat beliau...


Salam,

Sebenarnya berita ini sangat2 tidakku sangka.Sungguh....Sungguh kematian itu dekat mendekati....Sebenarnya dia hanya kawan di media sosial .Sekarang aku rasa pelik bagaimana beliau mengenaliku dan sanggup menjadi rakanku.Pernah berbual sebentar walau hanya chating di FB. Tidak pernah berjumpa walau sekali.Tidak tau sekiranya beliau pernah berjumpa denganku dan dengan itu beliau menjadi rakanku di FB.Namun perkara yang aku paling kesal kenapa aku mengenalinya hanya untuk mengetahui berita kematiaannya....Kenapa???

Mungkin ini adalah satu peringatan Allah S.W.T kepada hambaNya. Allah S.W.T mahu agar hambaNya mengetahui bahawa hidup ini hanya pinjaman.Harus digunakan sebaiknya. Mati itu tidak mengenal sesiapa.Muda.Tua.Sihat.Sakit.Hari ini.Esok.Tahun depan.Saat ini.Bila-bila sahaja Allah S.W.T boleh menarik nyawa kita.

Tetapi adakah kita sudah bersedia untuk pergi meninggalkan dunia fana ini.Dengan amal yang tidak seberapa.Malah, lebih menakutkan jika kita mati bukan dalam Islam. Sungguh...Allah S.W.T telah berfirman dalam Surah An-Nisa Ayat 78:

  Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?

Terasa ke tidak??

Mungkin hati kita telah ditutupi oleh kehidupan dunia yang sementara ini.


*Jom, kita perbaiki diri menjadi hamba Allah S.W.T yang lebih baik.IAllah.

Wednesday, 16 October 2013

Solat tetapi bermaksiat??Camner tu Bro!!!


Jom tadabbur jap surah ni ye!!
Surah Al Ma'un 4-5



107:4

4.Maka neraka wail-lah bagi orang yang solat.

107:5
5. Iaitu orang-orang yang lalai terhadap solatnya.


Huhu. Sedih bila tadabbur ayat ni. Macam terkena kat diri sendiri je.Tapi itu la yang best nyer. Allah S.W.T direct bagi teguran pada hambaNya. Semuanya agar hambaNya itu tersedar dan berusaha memperbaiki diri. Secara keseluruhannya Surah Al Ma'un ni mempunyai 7 ayat dan antara isu utama dalam surah ini adalah mengenai ibadat solat.

Ibadat solat ni nanti bila sampai hari akhirat akan menjadi perkara pertama yang dihisab Allah.Malah, solat yang kita lakukan 5 kali sehari itu yang menjadi titik tolak sama ada kita seorang mukmin atau kafir.Pilihan ada dalam tangan masing2 ye.

Tapi.....tapi kan....

Asal walaupun dah solat tapi diri ini masih lagi terjebak dalam kemaksiatan yang berterusan.Usaha punya usaha.Doa punya doa.Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk diri perbaiki solat. Dalam surat Al-Ankabut ayat 45:
Allah berfirman:.."Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar."


Mesti ayat ini dah selalu kita baca atau terlihat tanpa sengaja.Terdengar ceramah malam jumaat kan.Ayat tersebut menjelaskan bahawa dengan beribadat kepada Allah itu dapat mengelakkan diri kita dari terus terjebak dalam benda2 yang Allah S.W.T tak suka.Uiihh??Tetapi solat yang bagaimana???Itu yang perlu kita ketahui.


Nak tau camner??...

SOLAT KENA HAYATI BACAAN DAN HIDUP DENGANNYA.

uhhh??....dah dapat blom??...skali lagi ye...

SOLAT KENA HAYATI BACAAN DAN HIDUP DENGANNYA!!!!


Faham ke??

Maksud nyer kita kenalah memahami setiap ayat yang kita sebut dalam solat kita.Ketika takbir.Rukuk.Sujud.Tahiyat akhir.Sampai la ke salam yang terakhir.Inilah caranya untuk kita KHUSYUK dalam solat kita.Kerana 

KHUSYUK=ROH SOLAT

So,kalau..

SOLAT TAK KHUSYUK= JASAD TAK ADA ROH

So,harap2 selepas ini,marilah kita sama2 berusaha memperbaiki solat  ye..mudah2an agar mendapat rahmat Allah S.W.T.Allah S.W.T telah berfirman dalam Surah Al Mukminun 1-2
"Sungguh beruntung orang2 yang beriman.(Iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya."


*Ada banyak je lagi cara2 & tips untuk kita lebih khusyuk dalam mengerjakan ibadat. Jom perbaiki solat!!